Sunday, July 15, 2007

Alisya

Part 1

Alisya menekan-nekan telefon bimbitnya beberapa kali, lalu menekapnya ke telinga.
“Harap maaf, nombor yang anda dial, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.”


Alisya mengerutkan dahinya memikirkan tentang Fariz. Mane dia hilang? Sudah hampir seminggu telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Selame ni tak pena pulak macam nie...Alisya mulai gelisah. Telefon rumah, dia tidak tahu. Memang sejak tingkatan 3 lagi sewaktu mula-mula mengenali lelaki itu, dia sudah menggunakan telefon bimbit. Ni la yang susah kalau tak tau nombor rumah....keluh Alisya.

Alisya lantas duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Sewaktu di matrikulasi dahulu, mereka memang agak rapat. Namun setelah hampir 2 minggu tamat program matrikulasi, Fariz tiba-tiba menghilangkan diri. Senyap begitu sahaja! Alisya sendiri tidak tahu puncanya.
Dia teringatkan kata-kata Erin di dalam message yang dihantarnya menerusi e-mail semalam, mungkin Fariz sedang dalam masalah. Fariz kan macam tu, selalu berahsia dengan orang! Nanti die okey die call la tu...

Tapi takkan sampai buat macam nie...aku kan kawan die...Alisya mengeluh perlahan. Dibukanya tv yang sejak tadi dibiarkan menyepi. Terhibur sikit hati aku nie kalau tengok tv! Takpun tv yang tengok aku, aku tak kesa!

“Sya tak nak keje ke?”

Alisya tersentak, tidak sedar sejak bila abangnya duduk di situ sama-sama menonton tv. “Hmh...ape long?”

Irfan tersenyum kambing melihat reaksi Alisya yang terpinga-pinga. Dia perasan perangai Alisya sejak akhir-akhir ini agak pelik, namun dia tidak mahu masuk campur. “Sya tak nak keje ke sementara cuti nie?”

Alisya terdiam mendengar pertanyaan abangnya. Dia sendiri tidak terfikir pula untuk bekerja. Lagipun dia malas mahu keluar mencari kerja, kalau boleh biar kerja yang datang mencarinya!

“Tak tau lagi, tengoklah dulu...”begitu jawab Alisya. Moodnya masih lagi tidak menentu sejak akhir-akhir ini, justeru dia belum mahu lagi keluar dari rumahnya. Semenjak ketiadaan Erin, dia jarang keluar ke mana-mana. Terasa hilang semangatnya kerana selama ini Erin yang rajin menemaninya ke mana-mana. Tambahan pula dengan keadaan Fariz yang menyepi secara tiba-tiba...Malaslah aku nak keje macam nie...

“Tak de la...kalau Sya nak keje, kat Reject Shop ade nak pakai orang, tadi kawan along cakap....” Kata-kata Irfan yang terakhir itu akhirnya berjaya juga mengubah fikiran Alisya!


No comments: