Sunday, July 15, 2007

part 2

....

ALISYA sibuk menggantung baju-baju yang baru sampai pagi tadi di rak yang disediakan. Baju-baju tersebut disusun mengikut saiz yang paling besar hingga yang paling kecil. Alisya tersenyum melihat baju-baju yang disusunnya, puas hati. Kerjanya di situ tidak susah, gaji pun boleh tahan juga. Cuma dua orang rakan sekerjanya, berperangai ’pelik’ sedikit.

Azlan selalu datang dan berbual dengannya, tetapi sejak akhir-akhir ini agak kerap juga lelaki itu membangkitkan soal perasaan. Umurnya sudah menjangkau 26tahun, agak jauh juga perbezaan umur mereka. Dahulu dia senang dengan Azlan yang dianggapnya seperti abang sendiri, tetapi kini dia jadi risau.

Rizhan pula sejak mula Alisya bekerja lagi, tidak pernah bertegur sapa dengannya. Anehnya bukan setakat tidak mahu menegur gadis itu, tetapi bila terserempak pula cuma jelingan tajam yang diberikan! Kadang-kadang jika mahu bertanyakan sesuatu kepada Rizhan, Alisya lebih rela mendiamkan diri sahaja!Dia sanggup tidak bertanya daripada menerima jelingan lelaki itu. Muke die jer da wat aku gerun!

Alisya menggeleng sendirian saat terkenangkan Rizhan. Minta dijauhkan daripada terserempak! Buat sakit hati aku jer....

“Alisya...” tegur Raihana, supervisornya secara tiba-tiba. Alisya tersentak. Hilang segala khayalannya tentang Rizhan sebentar tadi! “Nape nie macam terkejut jer...” Raihana tergelak kecil melihat telatah Alisya. Dia tidak sengaja mahu memeranjatkan Alisya. Cuma dia mahu meminta tolong Alisya membantunya mengemaskan baju-baju di stor sementara tidak ramai pelanggan di kedai.

“Okey...” begitu jawab Alisya. Malangnya ketika tiba di stor, dilihatnya Rizhan sedang terbongkok-bongkok menyusun baju-baju di rak paling bawah sekali! Kenape mesti terserempak dengan die nie...?


Dahi Alisya berkerut agak kurang senang melihat Rizhan turut berada di situ sambil berbual-bual dengan Maznan, pekerja di kedai itu juga.

“Hai, Sya! Ramai orang ke kat luar?” tegur Maznan sebaik terpandangkan Alisya di sebalik rak baju di hadapannya. Gadis itu cuma menggelengkan kepalanya, kaget dengan kehadiran Rizhan di situ.


Rizhan memandang sekilas ke arah Alisya, lalu kemudian menyambung kerja-kerjanya menyusun baju-baju yang bersepah di rak tersebut.

“ Riz! ko da nak sudah da kan?” tegur Maznan sebaik dilihatnya keadaan agak hening di situ. Entah ape kene budak dua orang nie!

Rizhan menegakkan badannya lantas menganggukkan kepalanya. “Tak pe, weh..Aku tolong ko pas nie...” begitu jawab Rizhan. Dia memang biasa membantu Maznan di stor jika tidak ramai orang di kedai. Kerja Maznan lebih mudah sebenarnya, hanya membantu urusan pemesanan, penerimaan dan penyemakan stok baju-baju di kedai. Selebihnya, dia akan duduk di stor meyelesaikan kerja-kerja meletakkan tanda harga atau tagging pada baju-baju yang baru sampai.

Alisya menarik nafasnya sebaik mendengar kata-kata Maznan sebentar tadi. Dia teringatkan Fariz. Lelaki itu benar-benar menghilangkan dirinya, sudah sebulan lebih namun telefon bimbitnya masih gagal dihubungi. Kenapa dia buat macam nie...Perlahan Alisya melepaskan keluhan lalu duduk di satu sudut stor tersebut.

Alisya

Part 1

Alisya menekan-nekan telefon bimbitnya beberapa kali, lalu menekapnya ke telinga.
“Harap maaf, nombor yang anda dial, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.”


Alisya mengerutkan dahinya memikirkan tentang Fariz. Mane dia hilang? Sudah hampir seminggu telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Selame ni tak pena pulak macam nie...Alisya mulai gelisah. Telefon rumah, dia tidak tahu. Memang sejak tingkatan 3 lagi sewaktu mula-mula mengenali lelaki itu, dia sudah menggunakan telefon bimbit. Ni la yang susah kalau tak tau nombor rumah....keluh Alisya.

Alisya lantas duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Sewaktu di matrikulasi dahulu, mereka memang agak rapat. Namun setelah hampir 2 minggu tamat program matrikulasi, Fariz tiba-tiba menghilangkan diri. Senyap begitu sahaja! Alisya sendiri tidak tahu puncanya.
Dia teringatkan kata-kata Erin di dalam message yang dihantarnya menerusi e-mail semalam, mungkin Fariz sedang dalam masalah. Fariz kan macam tu, selalu berahsia dengan orang! Nanti die okey die call la tu...

Tapi takkan sampai buat macam nie...aku kan kawan die...Alisya mengeluh perlahan. Dibukanya tv yang sejak tadi dibiarkan menyepi. Terhibur sikit hati aku nie kalau tengok tv! Takpun tv yang tengok aku, aku tak kesa!

“Sya tak nak keje ke?”

Alisya tersentak, tidak sedar sejak bila abangnya duduk di situ sama-sama menonton tv. “Hmh...ape long?”

Irfan tersenyum kambing melihat reaksi Alisya yang terpinga-pinga. Dia perasan perangai Alisya sejak akhir-akhir ini agak pelik, namun dia tidak mahu masuk campur. “Sya tak nak keje ke sementara cuti nie?”

Alisya terdiam mendengar pertanyaan abangnya. Dia sendiri tidak terfikir pula untuk bekerja. Lagipun dia malas mahu keluar mencari kerja, kalau boleh biar kerja yang datang mencarinya!

“Tak tau lagi, tengoklah dulu...”begitu jawab Alisya. Moodnya masih lagi tidak menentu sejak akhir-akhir ini, justeru dia belum mahu lagi keluar dari rumahnya. Semenjak ketiadaan Erin, dia jarang keluar ke mana-mana. Terasa hilang semangatnya kerana selama ini Erin yang rajin menemaninya ke mana-mana. Tambahan pula dengan keadaan Fariz yang menyepi secara tiba-tiba...Malaslah aku nak keje macam nie...

“Tak de la...kalau Sya nak keje, kat Reject Shop ade nak pakai orang, tadi kawan along cakap....” Kata-kata Irfan yang terakhir itu akhirnya berjaya juga mengubah fikiran Alisya!


Saturday, July 14, 2007

summit 2 bp mall

perjalanan yg memenatkan sepjg hari! cewaaa..keluar rumah pukul 11 pagi, lepas tu naik teksi pergi summit...skali kene pau dgn pakcik tu 4rgt sorg..mak aih..bile ms tmbg g summit naik plak nie? mintak kurang pon die xmau...





ak just teman diorg ni jln2 kat summit je..tp mcm bosan..satu2 nyer brg yg ak beli adalah kat watsons,...da borink gle last2 kitorg g bp mall lak...perh..hebat gle la bab menghabiskn ms nie!

cewaa...konon2 nk beli kerete muahaha!xde kje la si amie ni ade ke amek gmbr aku time mcm nie haha...perodua viva tu~


nie knon2 berehat sebentar pas penat berjln..pdhal ak ngan amie cume ade 1bungkus plastik watsons je kt tgn muahaha...pusing shopping mall bukan maen..~

Friday, July 13, 2007


i juz create my new blog...i dun noe how 2 make the nice want..hehe..but nway..my class is juz started..tp da ade total up 4 asgmnt..luckily 1 has already submitted ari ni..so theres another 2 projects n an individual one...


im happy to hav ma own blog..so i hope i can prac sharing stg wit ma frens...im a little bit secreative...especially when it comes in2 personal...muahaha..


im takin spain dis sem...so i began 2 use easy word...!holla!soy eizza!Y tu?..which means..hello, saye eizza! dan awak? spain is a love word...not dat easy but not too diff 2 learn..so i wont stress myself in dis class...